My First Winning Malay Article in Pa & Ma
Ragam Bersalin
Setiap kali
aku merenung muka comel anak aku, mula terlintas dalam fikiranku bagaimana
perasaan mengandung dalam 9bulan telah mengubah sikap aku menjadi seorang ibu
yang penuh kesabaran dan lemah lembut..Aku berasa gembira setiap kali anak aku
menendang seakan akan dia ingin bermain ‘kick boxing’ dengan aku.Tetapi, aku
sering kali memikirkan soalan negatif misalnya bimbang jika tali pusat akan
memutar lehernya, adakah dia selamat di dalam rahim and sebagainya.
Aku
mengalami sakit perut pada waktu malam dua minggu awal sebelum tarikh jangkaan.Tidur
tak lena dan aku dapat merasakan puteri aku sudah sedia untuk melihat dunia ini.Aku
tahan sampai pukul 5.30pagi.Tiba-tiba aku lihat darah setompok seperti duit
syiling 50 sen.Aku jerit sekejap dan panik.Fikiran aku bercelaru.Patutkah terus
ke hospital?Apa yang perlu di kemas ? Patutkah aku mandi dulu?.Muka aku nampak
pucat.Suami tenang sahaja.Pelik pulak melihat kerenahnya.Mak mertua
menasihatiku pergi ke hospital pukul 10pagi.
Tiada tanda kontraksi.Aku hanya duduk
di wad menunggu doctor.Setelah 3 jam,mereka memberitahu aku bahawa aku perlu
menunggu lagi kerana bukaan masih 1cm.Begitu letih menunggu.Suami duduk di
sebelah memainkan music classic. Tiba tiba kontraksi begitu kerap.Sudah masanya
aku boleh ke wad bersalin.Berdebar-debar perasaan aku.Aku cuba untuk bertenang
buat seketika.Mereka memecahkan air kubahan aku kerana bukaan masih kecil.Pedih
sangat bagai dicucuk alat tajam dan mengerikan.
.Aku menggunakan peralatan oksigen
untuk mengurangkan perasaan kontraksi.Tiba-tiba aku panik and bilik wad gelap
gelita Aku tidah dapat melihat seorang pun di dalam bilik bersalin.Aku rasa aku
telah pitam..Aku menjerit sekuat mungkin. Seakan akan tidak dapat bernafas juga
.Jururawat marah dengan aku kerana aku menjerit kuat.Suami aku memang bengang
kerana tali oksigen itu putus dan jururawat tidak mengetahuinya.Memang
menakutkan.
Setelah 3 jam, akhirnya puteriku
selamat dilahirkan.Aku dan suami berasa terharu sekali mendengar tangisan
lembutnya. Doktor memberi ubat bius dan suntikan pada peha aku untuk membuat
jahitan..Tapi tidak ku rasa pedih atau sakit pun.Dalam minda aku, aku hanya
ingin mendukung puteriku. 15 May 2010, hari yang paling bermakna buat suami dan
akuSuami tersenyum lebar melihatku.